Terma Dan Syarat Pembelian

Para pelanggan yang dihargai, anda dinasihatkan untuk memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pesanan produk Habasyi 88 dari web ini.

1. Semua barang yang telah di jual tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian daripada pihak kami seperti kesilapan jenis produk, produk luput tarikh atau kuantiti.

2. Pastikan nama dan kuantiti produk yang diisi pada borang pesanan adalah betul. 

3. Kami memerlukan 1-3 hari bekerja (untuk kawasan Sabah dan Sarawak, 3-5 hari masa berkerja diperlukan) untuk memproses tempahan pelanggan. Kami akan memastikan dan mencuba untuk memproses pesanan anda secepat mungkin selepas pembayaran telah diterima.

4. Sekiranya berlaku kes dimana ketiadaan stok selepas pembayaran dibuat, maka kami mempunyai hak dalam memberi beberapa pilihan kepada pelanggan kami samada:

  • Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru sampai.
  • Menukarkan dengan produk yang sama harga (akan mendapatkan kebenaran pelanggan terlebih dahulu)
  • Kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan daripada pelanggan.

5. Sila pastikan alamat yang di beri adalah sah dan ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, Pelanggan akan di kehendaki menuntut barang tersebut di pejabat Perkhidmatan Courier yang berkaitan.


Semua TERMA & SYARAT di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan diminta menyemak TERMA & SYARAT ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.

Sekian, terima kasih kerana menyokong kami.

Atiqah Azman 
Admin habasyi88.blogspot.com