Menarik! Terapi Islamik Untuk Sakit Belakang.

Terapi natural dan Islamik untuk hindari sakit belakang / slip disc / spinal stenosis / backpain Berikut solusi masalah slip disc...



Terapi natural dan Islamik untuk hindari sakit belakang / slip disc / spinal stenosis / backpain

Berikut solusi masalah slip disc atau spinal stenosis, misalnya, penyempitan kanal dalam tulang belakang yang berisi saraf tunjang, menyebabkan saraf pada tulang belakang sebelah bawah tertekan dan membuat pesakit merasa sakit. Atau dalam kes lain, yang menjadi sumber masalah adalah berubah bentuk cakram antara-ruas tulang belakang. Wallahuaalam. Berikut adalah tips nya:

 Jaga kesihatan tulang belakang.


Sakit belakang sering dapat disembuhkan dengan mudah tanpa pembedahan atau ubat-ubatan. Sejatinya, 60 peratus pesakit tulang belakang akut dapat bekerja kembali dalam waktu seminggu, dan 90 peratus penderita dapat bekerja kembali setelah enam minggu. 

Berikut adalah petunjuk mencegah dan mengatasi sakit tulang belakang:

1. Lakukan peregangan setiap pagi. Mulailah hari-hari dengan melakukan peregangan sewaktu masih berada di tempat tidur.

Ingat bahawa anda telah berbaring selama 8 jam, maka jika anda tiba-tiba bangun berdiri, anda mungkin akan mengalami kecederaan di bahagian belakang. Sebelum bangun, perlahan-lahan regangkan lengan anda ke atas kepala, kemudian tarik lutut anda ke arah dada secara bergantian. Apabila anda mahu duduk, miringkanlah badan anda ke sebelah tempat tidur dan gunakan lengan anda untuk membantu mengangkat tubuh anda. Setelah berdiri letakkan tangan anda pada pinggul lalu pelan-pelan condongkan tubuh ke belakang untuk meregangkan tulang belakang.


2. Adakan masa untuk berjalan-jalan.

Berjalan-jalan dapat menjaga kesihatan tulang belakang dengan cara membuat seluruh tubuh tetap segar. Aktiviti ini memperkuatkan otot-otot yang berfungsi membentuk pinggul, kaki, belakang, dan perut. Berjalan-jalan yang agak cepat juga membantu tubuh mengeluarkan endorfin, hormon yang berfungsi meredakan sakit. Berenang, berbasikal, dan berlari juga baik.


3. Rehatkan tulang belakang Anda.

Duduk memberikan tekanan lebih banyak pada tulang belakang daripada berdiri. Apabila anda harus duduk di meja anda untuk waktu yang lama atau anda harus menempuh perjalanan jauh dengan kapal terbang, kereta api, atau kereta, sering-seringlah mengubah posisi duduk dan memberi tulang belakang anda kesempatan beristirahat dengan berdiri dan berjalan-jalan kira-kira setiap satu jam sekali.


4. Berlutut, jangan membongkok.

Hindari membongkok setinggi pinggang ketika mengambil sesuatu. Itu menciptakan ketegangan pada tulang belakang dan memperbesar risiko kecederaan. Sebagai ganti, gunakan alat pemegang yang panjang dan berlutut menggunakan semacam bantal atau pelindung lutut ketika anda berkebun atau melakukan kegiatan-kegiatan dengan tinggi kurang dari paras lutut.


5. Gunakan kaki untuk bekerja.

Apabila anda sedang mengangkat sesuatu-entah beratnya 3 kilogram atau 25 kilogram-bercangkunglah, usahakan agar tuang belakang tetap tegak kemudian angkat beban itu menggunakan tenaga kaki. Sesuaikan beban yang akan Anda angkat. Jangan dipaksakan.


6. Berdiri atau duduk tegak.

Mempertahankan posisi tubuh yang benar adalah cara terbaik untuk mencegah sakit tulang belakang. Untuk memperbaiki posisi tubuh anda, cubalah yang berikut ini:
  • Berdiri rapat pada dinding atau duduk di kerusi makan, pastikan bahu dan pinggul anda menyentuh dinding atau sandaran kerusi. 
  • Selipkan lengan anda ke ruang antara tulang belakang sebelah bawah dan dinding atau sandaran kerusi. Apabila masih ada bahagian di mana tangan anda tidak bersentuhan baik dengan tulang belakang maupun dinding atau sandaran kerusi, angkat pinggul anda sehingga ruang berlebih itu hilang. Pertahankan posisi itu sekitar hitungan 1-20 sambil memandang ke cermin untuk melihat posisi tubuh anda sendiri. Pertahankan posisi tubuh seperti itu sampai petang. 
  • Kerjakan latihan ini setiap hari selama tiga minggu sampai posisi tubuh yang benar itu menjadi kebiasaan.

7. Periksa katil Anda.

Katil harus menyediakan tahanan yang benar, rata, dan tidak kendur. Jadi kalau anda rasa seperti tidur di tengah roti yang tengahnya sudah dipenyek, bererti anda memerlukan sebuah katil baru, kata Dr. Sasso.

"Sebuah katil kehilangan sebahagian besar daya tahannya setelah dipakai dengan lama. Sebuah katil lebih kurang sama dengan sepasang kaut. Mula-mula sesuai dan selesa dipakai, tetapi tidak bererti akan selamanya demikian."


8. Pasang semacam bantal untuk tulang belakang bahagian bawah.

Bantal dari getah span berbentuk bundar yang dapat dibeli di farmasi atau kedai alat medik dapat menolong anda mempertahankan lengkung yang alamiah pada tulang belakang bahagian bawah dan mencegah sakit pada bahagian itu. Setiap kali anda duduk, pasang bantal itu di antara kerusi dan belakang bagian bawah Anda.


9. Pilih pakaian yang bersesuaian.

Mengenakan seluar ketat dapat menghalang anda menggunakan biomekanik yang tepat seperti menekan lutut, terutama ketika sedang mengangkat suatu benda, kata Dr. White. Cubalah mengenakan pakaian yang agak longgar selama sebulan.


10. Tinggalkan tembakau/ Berhenti merokok.

Merokok mengurangi aliran darah ke dada bahagian belakang dan dapat memperlemahkan cakram antara ruas, kata Dr. Bensman. Jadi, apabila Anda merokok, berhentilah.


11. Sejukkan dengan ais dan amalkan habbatussauda

Tampalkan ais ke bahagian tulang belakang yang sakit sesegera mungkin untuk meredakan sakit dan pembengkakan, kata Dr. Bensman. Bungkus sebuah plastik ais dengan sarung bantal atau tuala (jangan pernah tampal ais secara langsung pada kulit anda) kemudian tampalkan pada bahagian yang terasa sakit selama sepuluh minit setiap jam sampai rasa sakit reda. 
Amalkan herba habbatussauda yang memiliki zat anti-sakit dan antiradang semula jadi pada saat sakit 3 – 5 kapsul dan dos pencegahan di kala sakit hilang.


12. Hangatkan.

Setelah pembengkakan berjaya anda atasi dengan ais, biasanya dalam waktu kira-kira 48 jam anda dapat mula menggunakan haba panas. Haba panas meningkatkan aliran darah ke bahagian yang cedera, merehatkan jaringan dan dapat memudahkan anda bergerak. 
  • Tampalkan kain yang hangat dengan suhu lebih kurang sama dengan suhu kulit pada kulit tulang belakang anda selama 5 hingga 10 minit setiap jam
  • atau mandi air suam-suam kuku baik air pancut atau tb mandi13. 
  • Sediakan ubat tahan sakit
  • Menelan satu atau dua tablet aspirin atau ibuprofen setiap empat hingga enam jam dapat meredakan rasa sakit dan mengurangi pembengkakan, kata Dr. Bensman. 
  • Namun jangan melebihi dos yang disarankan oleh kilang dan diambil ketika dirasakan benar-benar perlu sahaja.

13. Angkat kaki anda.

Apabila sakit tulang belakang yang menyerang anda masih ringan, berbaringlah di lantai kemudian angkat kaki anda ke atas kerusi sehingga paha anda membentuk sudut 90 darjah dengan pinggul dan betis anda terletak di atas kerusi dengan sudut 90 darjah terhadap paha. 
Posisi ini menjadikan otot-otot penting pada tulang belakang anda selesa dan merupakan posisi yang paling tidak membebani tulang belakang Anda.


14. Terus bergerak.

Walaupun dahulu doktor pernah menganjurkan rehat panjang di tempat tidur, sekarang mereka percaya bahawa pemulihan anda justeru semakin cepat bila anda semakin aktif. Sesungguhnya, istirahat di tempat tidur selama dua minggu melemahkan otot-otot dan tulang belakang anda dan memperlambatkan proses penyembuhan, selain membuat anda lebih mudah menderita sakit yang sama. Maka jangan berbaring di tempat tidur lebih dari dua hari, usahakan bangun sekurangnya satu jam sekali untuk berjalan-jalan atau melakukan peregangan.


15. Dimanipulasi.

Kiropraktor telah mendapatkan pengakuan oleh kalangan ahli perubatan. Sebuah analisis atas 25 penelitian terhadap manipulasi tulang belakang dalam terapi kiropraktik menemukan bahawa manipulasi yang mereka lakukan mampu menghasilkan penyembuhan beberapa lama pada sakit tulang belakang akut yang tanpa komplikasi. Pada umumnya seorang kiropraktor berulang-ulang memijit bahagian tulang belakang yang sakit menggunakan pangkal telapak tangannya. Mintalah kepada doktor untuk merujuk anda ke kiropraktor terdekat di daerah anda.


16. Lakukan terapi yang sangat-sangat efektif iaitu selain Kiropraksi anda harus tetap melakukan Bekam Medik setiap bulan, ditambah Akupressure, Akupunkture dan Refleksi.


Hindari dahulu makanan yang dapat menimbulkan pengumpulan asid laktat dan Piruvat, seperti kacang, hati, tinggi akan lemak, santan, berminyak dan berhijau daun tinggi (daun bayam, kangkung, ubi, pepaya, dll).

Selamat mencuba, semoga kualiti hidup anda menjadi lebih baik dan sempurna. Dan dapat terus melakukan ibadah tanpa mengenal lelah.

Wassalamu’alaikum, Wr.Wb.

---------------------------------

Team Doktor As Syifa Health

Panduan terapi diatas adalah sumbangan Team Medik As Syifa Health, "Jika aku sakit, Allah yang menyembuhkan"

Anda Mungkin Juga Menyukai

0 comments